Friday, December 23, 2011

boboiboy

salam

zarif fav cartoon skrg ialah boboiboy.. smbil nyanyi lg boboiboy


ying - disebutnya shim (jd la tu ada gak bunyi)


yaya - yg ni pas


gopal - disebutnya opal (hehe..huruf G trtinggal lak)

tok aba - yg ni pas

boboiboy - yg ni lg la pas siap menjerit lg.. (sian adik,terbantut sat dia nak tdoq)


Monday, December 12, 2011

zhafri n G6PD

salam
tup tap tup tap zhafri dah pun 4 bln.wah2,rasa mcm br ja lps abih pantang hehe.. and i really miss my pregnancy moments..huhu.Pengalaman mengandung yg berbeza.mana nak sama kan.. time zarif mcm lain, time zhafri plk mcm ni. and ni nak story sket psl zhafri..zarif pas ni plk yer..

Lps ja blk dr spital,biasa la kan nurse akan mai cek kita kat umah,tgk bekas jahit kat 'situ', pastu cke plk baby. Bila nurse tnya psl result G6PD baby,ternganga sat..menatang apa plk nih.. sebab dia kata dlm surat xdak pun tulis result G6PD ni normal ka x normal..eh,plk dah,ada plk normal x normal. pastu dia suruh trus call Muslimah (tmpt besalin) tu tnya psl result. Tak dan call,depa dl dah tepon bgtau psl result tu. Depa kata baby kak ni ada G6PD,maknanya x normal la kan???? ha..time ni dah rasa x syok. tnya nurse kat umah tu, G6PD ni mcm mana?? mmg masa tu dh rasa down sesangat.Nurse tu kata bnda ni jgn risau sgt,yg penting kna tau apa yang kena elak drpd terkena. Apa yg xleh plk?? yg plg kena elak ialah..jeng..jeng..

KACANG PARANG/KACANG SEPAT & UBAT GEGAT.


yg lain2 tu mcm ubat nyamuk, n ada jenis2 ubat yg dia alah. Kalau pi klinik,kna bgtau kat doktor yg anak kita ni ada G6PD, sebab doktor akan tau ubat mana yg xleh dimakan. Nmpk mcm agak remeh tp alhamdulillah setakat ni ok. Cuma aku x akan lepaskan zhafri or nak tinggalkan dia kat sapa2 yg x tau psl kondisi bdn dia. Lebih baik mencegah drpd jd lebih buruk.Sebabnya kalau la dia terbau atau termkn bnda2 yg xleh dimkn tu, kesannya ialah.....

sel darah merah akan pecah dan jika ia pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah.

jd kpd sesiapa yg nak jaga sat/nak pegang2 dia tu tlg jgn bwk ke tempat2 yg ada bnda2 diatas, even kalau pi kat supermarket tlg elakkan pi ke tmpat yg jual ubt2 nyamuk n ubt gegat tu..
"smpai mcm tu skali no control anak"..ni bkn psl control tp sapa2 yg ada kat tmpt aku akan rasa cmna nak protect anak..sebab kesannya adalah teruk. Nsb baik ms bgtau kat nursery zhafri depa dah tau apa yg boleh dan apa yg x boleh.

ni info psl G6PD (amik kat tenet)


GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.


Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.


meh layan gambaq zhafri


ni masa br lahir..cenonet ja kan (2.6kg)


ni 3 bln lebih.. (6kg)

ok babai