Saturday, December 29, 2012

zhafri warded

salam

Zhafri masuk wad..huhu,mmg x sangka pon nak kna tahan tp bila doc.razif kata kna buat neb 4 jam skali mmg dah syak akan masuk wad. xpalah,asalkan anak sihat walafiat. Mulanya zarif yg demam tp dia demam sat ja dlm 3 hari ja pom, pastu zhafri plk demam n batuk. zhafri demam on off, dok ulang pi klinik reflessia ja amik neb tp x baik2 pon.Ubat mmg sentiasa dok mkn, x penah tinggal pon. Pastu dah baik n tiba2 hari ahad 9hb 12 zhafri demam panas sampai 39. esok tu ok balik, pastu demam plk.. camno nih,last2 hr rabu 11hb kami decide nak pi check kat KMC, dah check tu kena tahan la jawabnya. siap kena buat xray, amik darah n amik hingus utk check kalau2 ada jangkitan ke tak.. n resultnya mmg ada jangkitan kuman atau bronchitis.

Mintak bilik sorang tp dah penuh, so duduk la dulu bilik 4 org. tp last2 tinggal kami 2 org ja sbb lg 2 org tu dah pindah bilik, jadi rasa selesa sket. Neb kena buat 4 jam sekali yg x tahan tu kul 1 pagi pun kena neb,sian zhafri nak tdoq pun x bleh. Nasib baik jugak katil besaq, bleh share tdoq sekatil dgn zhafri. Mr.Hapiz pun tggu skali mlm tu, n dia siap pi tdoq kat katil depan.. suka ati ja. Zarif tinggal kat rumah sebab mak mertua n adik ipaq mai rumah hr ahad lepas, so depa bleh tlg tengok2 kan zarif. Pg Khamis 12hb doc mai check n dia suruh zhafri buat fisio.. dlm pala otak dok pikiaq fisio yg pakai alat2 tu..hehe.tp x sangka plk lg teruk pd tu..huhu..mcm nak nangis ja tgk zhafri. Kena tepuk depan belakang 15 min, pastu kena buat kahak, part ni yg xleh tahan, masuk tiub dalam mulut nak bg dia batuk n buang kahak.

ni la chest fisio. kena tepuk depan belakang dada selama 15 min. sampai terlena zhafri. patut x bleh amik gambaq ni,curi2 bknnya budak tu nmpk pun.



ni masa kat bilik 4 org

hari khamis ptg dah boleh pindah bilik sorang, selesa sket nak buat pa pun.

ni masa neb kat klinik sebelum kena masuk wad

zarif ok ja sbb dah besaq

ni mula2 kena neb

Alhamdulillah anak2 dah sihat,zhafri dah boleh kluaq ptg jumaat lps abih buat chest fisio. harap anak2 sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT.



Thursday, December 27, 2012

Happy Birthday !!

Salam

Disebabkan dah lama x update maka terlepaslah la nak update pasai besday insan2 tersayang. so entry ni akan combine smua birthday, dari bulan 8 smpai la bulan 11.

 Happy Birthday  Abah (8 Ogos)

Moga abah sentiasa dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dilindungi ALLAH SWT. Amin.


Happy Birthday Zhafri (22/8)

Semoga Zhafri menjadi anak yg soleh,mendengar kata,bijak,hormat org tua,dilimpahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik,dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Selamat ulang tahun yg pertama. Amin.

Happy Birthday Mak (5/9)

Luv u mak. Semoga mak sentiasa sihat n dpt msk best2 utk kami..hehe, dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilindungi oleh ALLAH SWT.Amin.


Happy Birthday Mak (MIL) (22/11)
Semoga mak sentiasa sihat sejahtera, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin.


Happy Birthday Zarif (28/11)
Genap 3 tahun dah zarif, mummy n abah sgt mengharapkan zarif sentiasa dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan yg baik,dipanjangkan umur dan menjadi anak yg soleh. Amin.



caca marba part 2

salam

sambung entry lps..

Ogos
Main bowling kat giant kulim dengan adik iaitu  cik dayah. masa ni mood raya lg,tp disebabkan x tau nak buat pa kat umah, maka terhasillah aktiviti ni. layan gambar ja

baru nak mula game

 
pasukan hitam dan putih bersama penyokong masing


gaya seorang juara...muntah ijau sat

kaum bapak

perasan mcm hadiah sendiri

adeena n zarif yg dah boring tahap gaban

lps main mkn kat dominos plk. zarif buat perangai psai pa pun xtau, kereta tetap x dilupa

 

September

Kuliah dah stat
Bulan 9 dah start kelas..huhu,malas tui nak masuk kelas balik.masuk kelas mengajaq xpa lg,ni nak ngadap lecturer n assigment lg..mau nangis cmni. Kuliah hari sabtu saja, dari kul 8 pg smpai kul 6 ptg..ha, hambik ko sehari dok bertukun kat uum. Semester ni amik 3 subjek saja, sebabnya dah tu yg depa offer pun, hari lain xdak..so cmne nak abih blajaq ngam2 setahun setengah?? cuba jwb sat. Jadinya cek pun hantaqlah email kat penyelas program Dr.Sharifah utk mintak dia cuba buat kelas hari lain jugak supaya student lain yg amik full time ni bleh abih dgn cepat. Alhmadulillah beliau akan pertimbangkan cadangan ini, tq Dr. krn sgt memahami n sgt mengambil berat peel student yg mcm2 ni hehe. Kelas smua alhamdulillah ok ja, lecturer pun ok,sporting2 smua..kawan2 yg sama batch pun best2, sgt byk membantu.

Friday, November 30, 2012

happy birthday racing???

salam.

28/11 lepas genap zarif 3 tahun. so kami decide nak celebrate birthday zarif dekat taska dia Montel Kids Day Care. Sebelum ni mmg x penah celebrate birthday kat taska sebabnya time tu zarif x tau pa lg n sia2 ja kita dok beria buat tu ni tp dia x phm. Dah umuq 3 thn ni dah boleh phm n kami pun buat la ala kadar ja. tempah kek sebijik n cek buat bihun goreng singapore. Kek tempah dekat kak nina http://babybatriesyia.blogspot.com/. Dah byk kali tempah kek kat kak nina, mula2 dulu tempah muffin,pastu kek coklat n cheese tart. Kek birthday zarif tempah 1.5 kilo n harga rm100. sedap n x muak.

kita boh gambaq mcqueen,kasi dia syok sket..

zarif n kawan2. x ramai sbb musim cuti skolah

free style

makanan utk kwn2 zarif

tq pengasuh2 zarif yg tlg amik gambaq.

Thursday, November 29, 2012

caca marba part 1

salam

bersawang, habuk, n macam2 dh jd kat blog cek..sebab penyakit M dok sedia ada, maka mmg xleh nak kata pa la. Hari ni 28/11/2012..mcm2 dah jadi. jd ni rangkuman utk smua cerita.

Julai 2012
Tak ada apa yg menarik melainkan bulan puasa yg sememangnya org dok tunggu-tunggu.. Tunggu sebab boleh smyg terawikh atau tggu sebab boleh pi pasar ramadan.. wallahualam.

Ogos 2012
Alhamdulillah,permohonan utk sambung master dah diterima dan surat pun dah dpt.Tq bos krn memaksa cek utk sambung study wpun pd hakikatnya staf mu ni sgt malas nak ngadap segala bagai tugasan...wwuwuuuuuaaaa..tp apakan daya,cek terima dgn rela hati sbb dpt cuti belajaq n dpt elaun plk tu..sapa x mau kan.Jadi bermulalah cuti cek pd awal bln 8..besttttt dok umah.kiranya sepanjang bln posa tu byk msk dari beli la..satu pencapaian yg memuaskan..kekeke

 Hari raya puasa thn ni turn umah Mr.H.. so kita sbg isteri yg baik..( masuk bakul angkat sndiri) kna ikut la kan.. menu hari raya cek msk daging dendeng yg dah menjadi my signature dish kat belah mertua..kekekeke..resepi amik kat internet ja pun..sapa2 pun bleh buat kan.. pastu msk rendang ayam..yg ni mmg x menjadi sbb guna ayam kg.. sorry i mmg x reti msk aym kg.. tp apakan daya,bedal lah..janji masak.. xkan nak goyang kaki n mkn ja kan..nak kena penampor kot kalu cmtu.raya kedua belah petang baru balik kulim. Balik kulim mcm besa mak akan msk mcm2 untuk anak menantu.. lontong, sambal goreng, ayam msk merah..pastu hari sabtu kami pi cameron highland. tdoq 1 mlm ja sbb hari ahad ada kenduri anak sedara belah Mr.H kat Felda Besout.

ni ada gambo masa pi cameron

tgk arnab kat MARDI,pa tu arnab tu gigit jari zarif..hehehe..tu la sapa suruh pi sua tgn kat mulut arnab tu..melalak la sat kat situ.

kat MARDI lg,mkn strawberi coklat.zarif dok buat peace tp x menjadi

org mkn strawberi,dia mkn aiskrim..abaikan muka tn.blog yg semakin kembang

hasrat di hati nak pi sini tp zarif protes x mau turun keta sebab dia ngantuk..padahal kami dh sampai kat atas nun..huhu..dah la nak smpai kat atas sikit punya mencabar.

ini bukti tanda protes..jd mak n pak hanya tgk dr jauh ja la

sekian.wassalam.sambung entri yg kedua nnti
bye




Sunday, October 28, 2012

raya haji n bertunang

Salam.
Raya haji tahun ni kat kulim n xdak sapa pun yg buat korban thn ni. Hari Khamis pg baru balik kulim n tgk mak dah siap pun msk tinggal nak buat kuah laksa n buat ketupat pulut balut dgn daun pisang ja. Menu raya haji, ketupat, ayam msk merah, kuah kacang n soto. byk mak msk sebab semua adik-beradik ada n syok la nak makan2. Laksa tu mkn esoknya plk. 

26hb (sabtu) taufiq, adik laki cek nak bertunang dgn nana org padang serai,kulim.dekat ja pun sng sket nak pi.Hantaran spt biasa cek yg buat. Tema kaler tu mulanya nak buat pink+baby blue, tp tukaq plk buat silver n blue. Hantaran buat yg simple2 ja n ramai yg sponsor..huhu bertuah la badan. Pihak kami bg 5 hantaran. ( kurma, biskut, kain psg, sirih junjung n cincin). Dan cadangan utk kawin tu katanya dlm tempoh sethn,tggu ja la depa decide bila tarikhnya.

rombongan meminang. Mai 10 bijik keta, tu x termasuk kawan2 adik yg mai lepas tu.

anak sedara yg comel2 tlg bwk hantaran..zulaikha n sofea

 lepas sarung cincin

bakal adik ipaq dgn kakak2 ipaq yg sporting..welcome to our family :)

selesai semua, kita makan dulu. alhamdulillah


Monday, July 2, 2012

Happy Birthday Mr.H

salam

happy birthday to Mr.H, moga panjang umur n dilimpahkan rezeki. Hadiah xdak la yer,kita pi holiday kat PD tu kira hadiah la..