Thursday, March 8, 2012
home sweet home part 3
Thursday, March 1, 2012
lawatang ke ladang anggur
tiket masuk dlm ladang tu kena byq RM 4 sorang, zarif x byq pun sbb x smpai tahap kena byq lg..kami selamba ja masuk dlm,pastu kena pth balik utk beli tiket, tak ke termalu sat..hehehe..

zarif dok buat x mau jln, kalau ringan takat 5 kilo xpa la jugak.. dia sruh org dukung sepanjang masa, mau patah bahu ni. drama ayaq mata sat. yg mak dok sengih amik gmbq..hehe
berjaya ditenangkan dgn memberi kata2 semangat..hahaha
ok, mood dah baik..syabas beteh..
dok berkawan dgn budak mana tah
anak beranak yg teruja tgk buah anggur, padahal kat p.mlm belambak nak pi tgk.
dpt ayaq anggur br sng hati,tp bleh plk dok lenggang mak inang, dah la panas melehot, jenoh plk nak tggu dia smpai
akhirnya,tiba dgn jayanya smbil menghirup ayaq anggur..huhu (smbil lap peluh)Elok2 smpai hotel dlm kul 2, sebelum tu tapau dulu nasik kat tepi jln.Yg tensennya bila xleh nak check-in lg sbb ada org x check-out lg..ni yg nak naik angin nih..dah la dgn bwk anak kecik, nsb baik zarif n zhafri ok ja. dlm kul 3 br bleh masuk tu pun dok ulang pi tnya kat kaunter. Pas amik kunci smua, pi la nak masuk bilik, bila masuk kad ok,tp bila nk bukak pintu mcm ada org duk letak selak pintu tu. aik, ni yg musykil, xkan depa kemas bilik smpai nak kunci2 pintu. try lg, pastu tgk2 mmg ada org pun dlm tu.Mak ai, terkejut kami..org laki dlm tu.dia pun heran mcm mn depa bleh bagi kunci utk bilik yg sama.nsb baik jugak dia kunci,kalau x kunci elok ja kami masuk anak beranak. Apa pnya hotel la, servis mmg out. pastu kami turun tnya kat kaunter, dgn muka x besalah kata tersilap smbil gelak2..kuang ajau betui. Pas depa set lain tu, sempat la jugak perli2 kat depa..nasib ler,dah la mintak maaf pun dak..pasni mmg PANGKAH dah hotel ni.
home sweet home part 2
dah siap simen
dinding dah naik ( ni bilik baju)
yg ni dapuq ( dapuq basah+kering,belasah ja smua)
view dr blkg
pintu blkg
dah siap
dr tepi, tu tingkap dapuq
yg bilik ujung skali tu stor,depan tu bilik baju, maknanya bilik stor dlm bilik baju..ha..klas x jah..hehe.. ( ambik insipirasi drpd umah mak,stor dlm bilik ayaq..kekekeke) tp ada pintu la tutup stor tu,bkn terpelahang gitu ja.Wednesday, January 4, 2012
home sweet home part1
tercapai wpun tiap2 bln terpaksa redha kna ptg gaji akibat membeli rumah..tp xpa la
kan,byq tiap2 bln pun umah sndiri jgk, xkan selamanya nak menyewa.
Friday, December 23, 2011
Monday, December 12, 2011
zhafri n G6PD
ni info psl G6PD (amik kat tenet)
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.
Bagaimana masalah ini dikesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.
Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.
Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
meh layan gambaq zhafri

ni masa br lahir..cenonet ja kan (2.6kg)
Thursday, November 3, 2011
Ni kronologi sebelum n selepas bersalin.
18/8/2011 (Khamis) 37 weeks
19/8/2011 37 (Jumaat) 37 weeks
terpaksa amik cuti sbb takut tetiba nak besalin ms kat opis..huhu..kebetulan plk hr tu dekan mintak ganti kwn pi meeting kat bangunan kwsp,kalut sat. dgn bantuan kwn (eja) masalah tu dpt diselesaikan.sapa pi meeting pun x tau la..huhu..duk kat umah dgn keadaan berjaga2.. darah pun xdak dah.ok, lega lg.petang tu pi kola perlis amik oder lauk kat kdai mona. otw tu nmpk org juai lemang kat tepi jln, tetiba rasa nk mkn n suh en.somi pi bli sat,nnti xleh nak mkn dah kalau besalin awai.Blk dr kola perlis, nak mandi tgk2 ada plk darah.. ha..sudah dah la.pas bukak posa n kemas2 brg,trus blk kulim sbb kebetulan hr ahad tu mmg kna jumpa doc kat dwn muslimah tu.
20/8/2011 (Sabtu) 37 weeks
darah dah xdak, tp x posa pun sbb x larat.sempat lg pi ikut kakak n mak pi kdai bli baju raya.. hahaha..mmg x sedaq diri sgguh,peduli apa kan.blk singgag giant bli brg2 nak msk utk bukak posa. darah xdak dah..lagi2 lega..dgn harapan sempat la beraya dulu.
21/8/2011 (Ahad) 37 weeks
bagun pagi2 sbb nak pi Dwn Muslimah,kna jumpa doc utk tgk keadaan baby.. otw pi tu en.somi ajak pi Sunway Carnival pas abih checkup nnti, ok ja la sbb kalau bab bejalan ni mmg kesukaan saya.. kuikui..smpai sana org x ramai sgt tggu turn jumpa doc. zarif dok syok tgk ikan dlm akuarium kat situ. bila masuk jumpa doc, dia scan pa smua, dia tnya ok lg ka.. ha apa lg bgtau la ada turun darah sket 2 hr lepas.. dia dgn muka terkejut trus suruh bukak sluaq sbb nak check bukaan. Wa..part ni yg i suka tau....eeeeeeeeee..sakit weh smpai kluaq ayaq mata.. dia kata pintu rahim mcm ke blakang sket sbb tu pyh nak cek brapa cm dah bukak..adoi la, betui2 sakit doc tu seluk kat dlm."ok dah bukak 2cm,boleh trus msuk wad" ha??mak ai,biaq betoi..org nak raya dulu..huhu..
12.00 tgh
pastu pi pintu sebelah bgtau kat nurse tu kna masuk wad.. kna tggu sat sbb depa dok tgh kemas bilik..ok lah,lgpun bukannya sakit apa pun lg..zarif dgn rasa sng hati dok tgk baby dlm bilik cermin tu..dlm hati mummy plk dok risau. pas masuk bilik, zarif igt bilik hotel ke apa,dia yg naik katil dl,pastu main telepon bilik tu plk.Tepon mak kat umah bgtau dah kena tahan n mintak abah amik zarif bwk blk.. nsb baik zarif ok sbb ada apcik aka pakcik..hahaha..
12.30 tgh
nurse bwk pi blk besalin utk cek jantung baby..smuanya ok. pastu doc bg masuk ayaq.
x rasa sakit lg,sbb bukaan masih 2cm..tiap kali nak cek bukaan tu tiap kali la ayaq mata ni meleleh..adoi la,awat la sakit benor nak cek ni pun.Pukul 6 suh en.somi pi bli makanan dl utk dia bukak posa.
6.30 ptg
Doc mai cek lg,masih 2cm..tu dia,punya lama tggu dok 2cm tu la,kalau cmni bilanya nak besalin? pastu dia bg pecah ayaq ketuban..tgk dia bwk gunting panjang blh buat org lari..hehe..pas ayaq ketuban dh pecah,rasa sakit tu lg kuat..mula dlm 15 min sekali,pastu 10 min skali sakit.. nk crita sakit tu mmg xleh ckp la..huhu. time ni jgn la sapa2 dok buat lawak bodoh..mau ada yg kena penyepak satgi.hehee. ketenangan amat2 diperlukan time ni, sapa2 sms pun dah xleh nak layan.
7 - 10 mlm
sakit makin kuat,kluaq lg ayaq mata plus sakit kena seluk tu..redha ja la. masih lg 2cm dia kata.. Apa..sakit mcm ni pun 2cm lg???xleh nak tahan dah ni..so,depa bg ubat tdoq suh relax nak tdoq.. ayaq ketuban dok kluaq lg,abih dah lencun.. pas cucuk ubat tdoq kat paha tu,suh en.somi balik umah dl,mandi n tgk zarif sat. Alhamdulillah zarif ok ja dok dgn tok.so mlm tu dia tdoq dgn tok n wan.Pas buh ubat tdoq,br rasa relax sket n boleh tdoq sat.
22/8/2011 (Isnin) 37 weeks
1.00 pagi
Nurse mai cek bukaan..dah 5 cm.. fuh lega dgq,ada jgk perubahan.dgn mata dok lali2 lg tu,depa suh bejalan pi blk besalin. Dgq nurse tu dok call dr.hanita bgtau dah bukak 5 cm n suh dia mai cepat. Dlm bilik tu nurse masukkan tiub utk buang air kencing.Doc smpai ja trus dia cek bukaan n dah 9 cm..ha??9 cm dah,nak besalin dah la ni.
1.37 pagi
Alhamdulillah selamat besalin pas 2x teran..huhu..mungkin sbb baby kecik kot sbb tu sng ja dia kluaq..kalau masa zrif dl kna amik bantuan epidural n vacum utk kluarkan zarif,x daya nak teran dah time tu.
selesai smua,operasi jahit-menjahit plk,part ni x rasa skt lngsung,nsb baik,kalau dak xtau la nak kata pa.
23/8/2011 (Selasa)
12.00 tgh
Dah bleh balik rumah dah.. yahoooo.. rindu sama budak nama zarif :))













