Friday, March 9, 2012

hari perabih duit

Salam

Dah tajuk pun perabih duit, maknanya mmg dok perabih duit kat kedai bli brg2 utk umah... bab membeli mmg siok,tang nak byq tu mcm terketaq-ketaq ja tgn nak huluq duit..huhu.

mggu lps pi aloq staq pi bli dapuq, sebenarnya x rancang pun nak pi kedai tu, kebetulan nak singgah amik duit kat bank, tetiba nmpk satu kdai ni.dr luaq nmpk mcm mahai ja, tgk2 depa ada buat offer. Kalau beli hob dgn hood tu dpt free sink 2 mangkuk n pili ayaq.. dgn harga RM 12++.., asai nmpk ja trus berdesup masuk kdai cari mana satu yg offer tu.


ni le kedainya

pilih ja nk yg mahai ka yg murah..tp kami amik yg free je..kekekek

dapuq yg dibeli

hood yg sama brand dgn dapuq

ini budak dah jemu tggu kami dok pilih dapoq..ini aksi boboiboy setiga..kuikui

budak kecik ni pun dah boring smpai kertas pun nak mkn


Mggu lps plk pilih tiles utk bil, stor n dapoq.beli kat kangar ja pun..layan ja gambor


tiles utk dapoq, memula nak amik kaler coklat n hitam, tp kaler coklat dah abih, last2 amik kaler putih n hitam

ni plk utk bilik n stor,amik kaler putih

utk kabinet dapoq. hitam jd pilihan

cantik dak..memula tgk2 ja dr jauh

pastu terbeli la plk..isk, camno nih..huhu

inilah kisah perabih duit..huhu

Thursday, March 8, 2012

home sweet home part 3

Salam

story mory psl rumah lg, progres rumah amat memuaskan sebabnya tukang yg buat rumah tu mmg rajin serajin rajinnya..mai awai pagi n dlm kul 6 br dia blk. Setakat ni umah dah siap plaster n tiles pun dh psg kat bilik. Area dapuq mungkin hari ni kot. Meh layan ja gambo yg x seberapa ni

tu la tkg yg rajin tu

tgh pulun bekerja

plaster dah



dapuq idaman cek

siling..dlm stor pun depa buh plaster siling..huhu,sesuka hati ja org tu, kot la nak tnya tn umah dulu..cekik br tau

k, sambung lagi pasni

Thursday, March 1, 2012

lawatang ke ladang anggur

salam
Cerita basi dh nak bermula.Ni jln2 pi ladang anggur,tasik beris kat sik. Nak pi lama dah tp x tau psai pa dok xpi2 pun.Bila pi ni pun dah x igt,ni menunjukkan dah lama benor la,tp dlm ujung2 thn 2011 jugak la. kami pi hari ahad, kalau x silap n tdoq semlm kat hotel Park Avenue.

tiket masuk dlm ladang tu kena byq RM 4 sorang, zarif x byq pun sbb x smpai tahap kena byq lg..kami selamba ja masuk dlm,pastu kena pth balik utk beli tiket, tak ke termalu sat..hehehe..




zarif dok buat x mau jln, kalau ringan takat 5 kilo xpa la jugak.. dia sruh org dukung sepanjang masa, mau patah bahu ni. drama ayaq mata sat. yg mak dok sengih amik gmbq..hehe

berjaya ditenangkan dgn memberi kata2 semangat..hahaha

ok, mood dah baik..syabas beteh..

dok berkawan dgn budak mana tah

anak beranak yg teruja tgk buah anggur, padahal kat p.mlm belambak nak pi tgk.

dpt ayaq anggur br sng hati,tp bleh plk dok lenggang mak inang, dah la panas melehot, jenoh plk nak tggu dia smpai

akhirnya,tiba dgn jayanya smbil menghirup ayaq anggur..huhu (smbil lap peluh)

cuaca mmg pns, dah la masa smpai tu dlm 12 tgh, mmg peluh turun mcm ayaq paip tu..fuh, x sempat pun nak round kt tasik. on the way nak pi hotel tu, singgah kat satu kedai ni juai brg2 kraftangan mcm tudung saji, tikaq n mcm2 lg la, kedai tu serba-serbi ada, pasu, baja, cangkul,..hehe..kedai mkn pun ada. lupa plk nak snap gambaq kedai tu.

Elok2 smpai hotel dlm kul 2, sebelum tu tapau dulu nasik kat tepi jln.Yg tensennya bila xleh nak check-in lg sbb ada org x check-out lg..ni yg nak naik angin nih..dah la dgn bwk anak kecik, nsb baik zarif n zhafri ok ja. dlm kul 3 br bleh masuk tu pun dok ulang pi tnya kat kaunter. Pas amik kunci smua, pi la nak masuk bilik, bila masuk kad ok,tp bila nk bukak pintu mcm ada org duk letak selak pintu tu. aik, ni yg musykil, xkan depa kemas bilik smpai nak kunci2 pintu. try lg, pastu tgk2 mmg ada org pun dlm tu.Mak ai, terkejut kami..org laki dlm tu.dia pun heran mcm mn depa bleh bagi kunci utk bilik yg sama.nsb baik jugak dia kunci,kalau x kunci elok ja kami masuk anak beranak. Apa pnya hotel la, servis mmg out. pastu kami turun tnya kat kaunter, dgn muka x besalah kata tersilap smbil gelak2..kuang ajau betui. Pas depa set lain tu, sempat la jugak perli2 kat depa..nasib ler,dah la mintak maaf pun dak..pasni mmg PANGKAH dah hotel ni.

dua kanak-kanak riang, sorang syok dapat susu, sorang lg dok gomoi bantal busuk..elok sgt la tu.

sekian

home sweet home part 2

Salam

2 bln sdh berlalu tanpa update blog..bersawang dah pun. sapu2 sket,ok dah boleh menaip.. al kisahnya pasai rumah le..yg skrg tgh dok buat dgn jayanya..tukang umah stat buat tu awai bln 2 n la ni dah 70% siap,dinding pun dah plaster,bumbung dah naik. tggl lg nak buh tiles, kabinet dapuq n cat. Bab lmpu n kipas pun x setel lg, sebijik lmpu pun x pi beli lg. ptg ni nak pi tgk lg sebab depa nak port utk lmpu n kipas, satg depa buh x kena tempat mau sentap plk satg. apa2 pun layan ja lah gambaq ni..

ni nak buat tapak,tggu nak simen


dah siap simen

dinding dah naik ( ni bilik baju)

yg ni dapuq ( dapuq basah+kering,belasah ja smua)

view dr blkg

pintu blkg


dah siap

dr tepi, tu tingkap dapuq


yg bilik ujung skali tu stor,depan tu bilik baju, maknanya bilik stor dlm bilik baju..ha..klas x jah..hehe.. ( ambik insipirasi drpd umah mak,stor dlm bilik ayaq..kekekeke) tp ada pintu la tutup stor tu,bkn terpelahang gitu ja.

ok, habis part 2, sambung nnti plk

Wednesday, January 4, 2012

home sweet home part1

Salam

Akhirnya kunci umah dah dpt..yeay..alhamdulillah. Impian nak ada umah sndiri dah
tercapai wpun tiap2 bln terpaksa redha kna ptg gaji akibat membeli rumah..tp xpa la
kan,byq tiap2 bln pun umah sndiri jgk, xkan selamanya nak menyewa.


Kunci dah dpt bln 10 2011 lps n dlm pala otak ni dok pikiaq mcm2 psai umah. nak buat tu, nak buat ni, tp ongkosnya adalah terhad..huhu.. cmno tu. ptg kemarin dah siap psg grill n tukaq cermin yg kat atas. sebab tukaq cermin adalah kerana cermin yg asal tu dibuat selisih, x tutup abih n peratus habuk n serangga nak masuk adalah besar skali.. (ni kes malas nak menyapu n buang sawang bagai)


psai pa depa buh cermin ats pintu tu..apa motipnya??.. x suka btui


bakal jiran tetangga



ni kwsn blkng, panjang dlm 29 kaki, dan angan2 nak extend buat dapoq n blk stor,harap2 tercapai le impian tu


ni gril dah siap psg kemarin,buat yg simple ja

Friday, December 23, 2011

boboiboy

salam

zarif fav cartoon skrg ialah boboiboy.. smbil nyanyi lg boboiboy


ying - disebutnya shim (jd la tu ada gak bunyi)


yaya - yg ni pas


gopal - disebutnya opal (hehe..huruf G trtinggal lak)

tok aba - yg ni pas

boboiboy - yg ni lg la pas siap menjerit lg.. (sian adik,terbantut sat dia nak tdoq)


Monday, December 12, 2011

zhafri n G6PD

salam
tup tap tup tap zhafri dah pun 4 bln.wah2,rasa mcm br ja lps abih pantang hehe.. and i really miss my pregnancy moments..huhu.Pengalaman mengandung yg berbeza.mana nak sama kan.. time zarif mcm lain, time zhafri plk mcm ni. and ni nak story sket psl zhafri..zarif pas ni plk yer..

Lps ja blk dr spital,biasa la kan nurse akan mai cek kita kat umah,tgk bekas jahit kat 'situ', pastu cke plk baby. Bila nurse tnya psl result G6PD baby,ternganga sat..menatang apa plk nih.. sebab dia kata dlm surat xdak pun tulis result G6PD ni normal ka x normal..eh,plk dah,ada plk normal x normal. pastu dia suruh trus call Muslimah (tmpt besalin) tu tnya psl result. Tak dan call,depa dl dah tepon bgtau psl result tu. Depa kata baby kak ni ada G6PD,maknanya x normal la kan???? ha..time ni dah rasa x syok. tnya nurse kat umah tu, G6PD ni mcm mana?? mmg masa tu dh rasa down sesangat.Nurse tu kata bnda ni jgn risau sgt,yg penting kna tau apa yang kena elak drpd terkena. Apa yg xleh plk?? yg plg kena elak ialah..jeng..jeng..

KACANG PARANG/KACANG SEPAT & UBAT GEGAT.


yg lain2 tu mcm ubat nyamuk, n ada jenis2 ubat yg dia alah. Kalau pi klinik,kna bgtau kat doktor yg anak kita ni ada G6PD, sebab doktor akan tau ubat mana yg xleh dimakan. Nmpk mcm agak remeh tp alhamdulillah setakat ni ok. Cuma aku x akan lepaskan zhafri or nak tinggalkan dia kat sapa2 yg x tau psl kondisi bdn dia. Lebih baik mencegah drpd jd lebih buruk.Sebabnya kalau la dia terbau atau termkn bnda2 yg xleh dimkn tu, kesannya ialah.....

sel darah merah akan pecah dan jika ia pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah.

jd kpd sesiapa yg nak jaga sat/nak pegang2 dia tu tlg jgn bwk ke tempat2 yg ada bnda2 diatas, even kalau pi kat supermarket tlg elakkan pi ke tmpat yg jual ubt2 nyamuk n ubt gegat tu..
"smpai mcm tu skali no control anak"..ni bkn psl control tp sapa2 yg ada kat tmpt aku akan rasa cmna nak protect anak..sebab kesannya adalah teruk. Nsb baik ms bgtau kat nursery zhafri depa dah tau apa yg boleh dan apa yg x boleh.

ni info psl G6PD (amik kat tenet)


GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.


Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.


meh layan gambaq zhafri


ni masa br lahir..cenonet ja kan (2.6kg)


ni 3 bln lebih.. (6kg)

ok babai